Friday, 30 March 2012

Program SME-University Internship II 2012 (April - Ogos 2012)

Sila klik pada gambar.

SME Corp. Malaysia dengan kerjasama UMS akan menjalankan sebuah program berbentuk keusahawanan yang dinamakan SME-University Internship Program 2012 untuk kali kedua. Program ini menyediakan sebanyak 24 tempat sahaja dan akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2012.

Program ini bertujuan untuk:
1. Menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.
2. Memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.
3. Meningkatkan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

Pelaksanaan Program:
1. Pelajar berperanan sebagai Juruperunding kepada PKS yang terpilih.
2. Terbuka kepada semua yang berminat dalam bidang keusahawanan.
3. Tempoh program 3 bulan.
4. Maksimum 24 orang peserta sahaja.
5. Program bermula pada April - Ogos 2012.

Kemudahan & Kelebihan yang pelajar akan perolehi:
1. Elaun bulanan RM600.
2. Sijil oleh SME Corp. Malaysia.
3. Bimbingan daripada mentor dari SME Corp. Malaysia & pensyarah UMS.
4. Pendedahan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan yang sebenar.
5. Mewujudkan peluang pekerjaan bagi graduan.
6. Meningkatkan kadar kebolehdapatan pekerjaan dalam kalangan graduan.

Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Terbuka kepada pelajar UMS Tahun 2 dan ke atas.
2. Warganegara Malaysia.
3. Berada di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh pelaksanaan program ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Ulrika Dewi di 088 - 320000 samb. 1340
Puan Aliana di 088 - 320000 samb. 1382
Email: pejphi@ums.edu.my


BORANG BOLEH DIDAPATI DI SINI

Sila hantar borang ke:
1. Pejabat Am Sekolah masing-masing; atau
2. Email ke: pejphi@ums.edu.my; atau
3. Pusat Hubungan Industri (PHI), Universiti Malaysia Sabah, Aras 5, Blok Selatan, Bangunan Canselori, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 6 April 2012

Thursday, 8 March 2012

Aliran Pertumbuhan Prospek Pekerjaan Negara Tinggi

PROSPEK pekerjaan, iaitu antara petunjuk penting momentum pertumbuhan ekonomi negara adalah tinggi untuk tahun ini, khususnya pada suku pertama, kata firma enjin carian terbesar negara ini, Jobstreet.com.
Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng, berkata prospek pekerjaan di Malaysia umumnya adalah positif meskipun persekitaran ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya dan pasarannya masih menggalakkan untuk pencari kerja.
“Kami menjangkakan arah aliran peluang pekerjaan yang hampir sama seperti tahun lalu. Walaupun ada majikan yang mengambil pendekatan berhati-hati, jumlah kekosongan pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi,” katanya pada taklimat media berhubung tinjauan pasaran pekerjaan di Malaysia sempena penganjuran Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF 2012) di Kuala Lumpur, semalam.

Yuh Yng berkata, berdasarkan perangkaan yang diterima enjin carian itu, secara puratanya ada kira-kira 20,000 peluang pekerjaan di pasaran setiap bulan.

“Jumlah pekerjaan yang ditawarkan majikan biasanya akan memuncak pada suku pertama, kekal stabil pada suku kedua dan ketiga sebelum menurun menuju ke hujung tahun berikutan kegiatan mengemaskini akaun.

“Tempoh terbaik untuk merancang kegiatan pengambilan pekerja adalah antara Mac hingga Oktober,” katanya.
Beliau berkata, lima sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan di negara ini ketika ini adalah pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan, pembinaan serta peruncitan.

“Buat masa ini, jumlah pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi, namun memandangkan bidang pekerjaan berkait terus dengan ekonomi kebanyakan majikan melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat menunggu perkembangan seterusnya,” katanya.

Yuh Yng berkata, berdasarkan kaji selidik Jobstreet.com, kebanyakan majikan di negara ini masih mempunyai tinjauan yang positif terhadap pasaran pekerjaan.

Katanya, hanya 37 peratus majikan di Malaysia yang merasakan tinjauan pasaran pekerjaan akan menjadi lebih buruk tahun ini, manakala bakinya lagi berpendapat tinjauannya masih sama seperti tahun lalu atau lebih baik lagi.

Mengenai prospek pekerjaan untuk graduan universiti, beliau berkata peluangnya masih besar namun isu paling besar yang diha-dapi majikan sebelum mengambil kumpulan ini bekerja adalah permintaan gaji yang kurang realistik.

“Berdasarkan kaji selidik kami, 64 peratus daripada majikan memberikan alasan sedemikian untuk tidak mengambil graduan tempatan bekerja manakala isu lain ialah seperti kekurangan personaliti, kelemahan berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi serta sikap terlalu memilih bidang kerja atau syarikat.

“Kaji selidik kami juga mendapati graduan yang baru menamatkan pengajian umumnya berpendapat mereka memerlukan sekurang-kurangnya pendapatan bersih RM700 sebulan untuk menampung keperluan seharian, khususnya untuk yang tinggal di kawasan bandar,” katanya.

MCTF 2012, acara tahunan anjuran Jobstreet.com akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur bermula 30 Mac hingga 1 April.

Sebanyak 380 ruang pameran sudah diambil oleh bakal majikan untuk tahun ini.

Antara syarikat besar yang mengambil bahagian termasuk Talent Corporation Bhd, Panasonic, Nestle Products Sdn Bhd, Vale, AIG Global Services, CIMB Group dan RBC Dexia.

sumber ; Berita Harian, 07 March 2012

Local Grads Not Up To Mark

KUALA LUMPUR: Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thinking skills and poor communication.
This has resulted in employers having to provide additional training to fit them into their respective job scopes while many graduates have to accept employment that does not correspond with their qualifications.
Malaysian-based education, human resource and recruitment consultants feel there is a need for a sound foundation in critical thinking to be incorporated into the education system to prepare future generations for the employment market.

Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd country manager Sam Haggag said there was a distinct gap between what the education system was producing and what employers were looking for.

“This has resulted in six out of 10 graduates from Malaysian universities taking as long as six months to find a job.

“The other 40% take even longer,” said Haggag, whose company provides workforce solutions that include recruitment and training.

“Recruitment is a distinct challenge as the uni­­v­­ersities are churning out graduates who don’t have the requisite skills to enter the workforce.

“The lack of proficiency in English limits their ability to communicate beyond the borders of Malaysia and this lowers their confidence and curtails their ability to add value in the workplace,” he added.

Hong Leong Bank chief human resources officer Ramon Chelvarajasingam said many new graduates lacked the critical thinking skills required to keep up in a constantly changing and increasingly competitive world.
These days, most employers look for graduates with a high level of confidence who were exposed to niche areas outside their academic studies.

Prospect Consulting Sdn Bhd director Nina Adlan, who provides advisory services to educational institutions aiming to set up branch campuses in Malaysia, said she had observed “a disconnect”’ between what graduates state on their curriculum vitae and what they are like in reality.

“When we hire, we consider the way graduates converse and portray themselves to be more important than what’s in the CV.

“What’s the point in having good academic results when they can’t communicate, can’t conduct a proper conversation and have no confidence?” she asked. — Bernama

Wednesday, 7 March 2012

Quote of the day - 07 March 2012

The road to riches is not easy but with the right effort and attitude we can get to our final destination
 Source ; Idris Jala on StarBiz, Monday 5 March 2012

Friday, 2 March 2012

Jawatan Kosong - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawaan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:


  1. Pegawai Ehwal Ekonomi - E41
  2. Pegawai Tadbir - N41
  3. Pegawai Teknologi Maklumat - F41
  4. Akauntan - W41
  5. Juruaudit - W41
  6. Pegawai Undang-undang - L41
  7. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi - E27
  8. Penolong Pegawai Tadbir - N27
  9. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - F29
  10. Pembantu Ehwal Ekonomi - E17
  11. Pembantu Operasi (Kewangan) - W17
  12. Juruteknik Komputer - FT17
Syarat-syarat Permohonan



  1. Borang permohonan dimuat turun melalui laman web http://www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my atau boleh menggunakan perkhidmatan MySMS dengan menaip MTIB<jarak>JAWATAN dan hantar ke 15888. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my. Sebaran pernyataan bolehlah berhubung di Unit Pengurusan Sumber Manusia (Perjawatan) di alamat berikut;
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O.Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-928822235

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 12 MAC 2012 (ISNIN)


Sumber : www.mtib.gov.my