Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

Aliran Pertumbuhan Prospek Pekerjaan Negara Tinggi

PROSPEK pekerjaan, iaitu antara petunjuk penting momentum pertumbuhan ekonomi negara adalah tinggi untuk tahun ini, khususnya pada suku pertama, kata firma enjin carian terbesar negara ini, Jobstreet.com.
Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng, berkata prospek pekerjaan di Malaysia umumnya adalah positif meskipun persekitaran ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya dan pasarannya masih menggalakkan untuk pencari kerja.
“Kami menjangkakan arah aliran peluang pekerjaan yang hampir sama seperti tahun lalu. Walaupun ada majikan yang mengambil pendekatan berhati-hati, jumlah kekosongan pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi,” katanya pada taklimat media berhubung tinjauan pasaran pekerjaan di Malaysia sempena penganjuran Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF 2012) di Kuala Lumpur, semalam.

Yuh Yng berkata, berdasarkan perangkaan yang diterima enjin carian itu, secara puratanya ada kira-kira 20,000 peluang pekerjaan di pasaran setiap bulan.

“Jumlah pekerjaan yang ditawarkan majikan biasanya akan memuncak pada suku pertama, kekal stabil pada suku kedua dan ketiga sebelum menurun menuju ke hujung tahun berikutan kegiatan mengemaskini akaun.

“Tempoh terbaik untuk merancang kegiatan pengambilan pekerja adalah antara Mac hingga Oktober,” katanya.
Beliau berkata, lima sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan di negara ini ketika ini adalah pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan, pembinaan serta peruncitan.

“Buat masa ini, jumlah pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi, namun memandangkan bidang pekerjaan berkait terus dengan ekonomi kebanyakan majikan melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat menunggu perkembangan seterusnya,” katanya.

Yuh Yng berkata, berdasarkan kaji selidik Jobstreet.com, kebanyakan majikan di negara ini masih mempunyai tinjauan yang positif terhadap pasaran pekerjaan.

Katanya, hanya 37 peratus majikan di Malaysia yang merasakan tinjauan pasaran pekerjaan akan menjadi lebih buruk tahun ini, manakala bakinya lagi berpendapat tinjauannya masih sama seperti tahun lalu atau lebih baik lagi.

Mengenai prospek pekerjaan untuk graduan universiti, beliau berkata peluangnya masih besar namun isu paling besar yang diha-dapi majikan sebelum mengambil kumpulan ini bekerja adalah permintaan gaji yang kurang realistik.

“Berdasarkan kaji selidik kami, 64 peratus daripada majikan memberikan alasan sedemikian untuk tidak mengambil graduan tempatan bekerja manakala isu lain ialah seperti kekurangan personaliti, kelemahan berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi serta sikap terlalu memilih bidang kerja atau syarikat.

“Kaji selidik kami juga mendapati graduan yang baru menamatkan pengajian umumnya berpendapat mereka memerlukan sekurang-kurangnya pendapatan bersih RM700 sebulan untuk menampung keperluan seharian, khususnya untuk yang tinggal di kawasan bandar,” katanya.

MCTF 2012, acara tahunan anjuran Jobstreet.com akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur bermula 30 Mac hingga 1 April.

Sebanyak 380 ruang pameran sudah diambil oleh bakal majikan untuk tahun ini.

Antara syarikat besar yang mengambil bahagian termasuk Talent Corporation Bhd, Panasonic, Nestle Products Sdn Bhd, Vale, AIG Global Services, CIMB Group dan RBC Dexia.

sumber ; Berita Harian, 07 March 2012

Local Grads Not Up To Mark

KUALA LUMPUR: Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thinking skills and poor communication.
This has resulted in employers having to provide additional training to fit them into their respective job scopes while many graduates have to accept employment that does not correspond with their qualifications.
Malaysian-based education, human resource and recruitment consultants feel there is a need for a sound foundation in critical thinking to be incorporated into the education system to prepare future generations for the employment market.

Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd country manager Sam Haggag said there was a distinct gap between what the education system was producing and what employers were looking for.

“This has resulted in six out of 10 graduates from Malaysian universities taking as long as six months to find a job.

“The other 40% take even longer,” said Haggag, whose company provides workforce solutions that include recruitment and training.

“Recruitment is a distinct challenge as the uni­­v­­ersities are churning out graduates who don’t have the requisite skills to enter the workforce.

“The lack of proficiency in English limits their ability to communicate beyond the borders of Malaysia and this lowers their confidence and curtails their ability to add value in the workplace,” he added.

Hong Leong Bank chief human resources officer Ramon Chelvarajasingam said many new graduates lacked the critical thinking skills required to keep up in a constantly changing and increasingly competitive world.
These days, most employers look for graduates with a high level of confidence who were exposed to niche areas outside their academic studies.

Prospect Consulting Sdn Bhd director Nina Adlan, who provides advisory services to educational institutions aiming to set up branch campuses in Malaysia, said she had observed “a disconnect”’ between what graduates state on their curriculum vitae and what they are like in reality.

“When we hire, we consider the way graduates converse and portray themselves to be more important than what’s in the CV.

“What’s the point in having good academic results when they can’t communicate, can’t conduct a proper conversation and have no confidence?” she asked. — Bernama