Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dengan sukacitanya menjemput pelajar-pelajar tahun akhir UMS, khusus
kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan perniagaan
untuk mengikuti taklimat kemudahan pembiayaan di bawah Tabung Usahawan
Siswazah yang akan diadakan pada hari Sabtu 19 Mei 2012 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.
Tabung Usahawan Siswazah adalah tabung khusus yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui SME Bank adalah bertujuan untuk menggalakkan lepasan siswazah menceburi bidang perniagaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Usahawan SME Bank 2012, boleh layari Official Portal of SME Bank.