Thursday, 17 May 2012

Tabung Usahawan Siswazah 19 Mei 2012

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dengan sukacitanya menjemput pelajar-pelajar tahun akhir UMS, khusus kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan perniagaan untuk mengikuti taklimat kemudahan pembiayaan di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diadakan pada hari Sabtu 19 Mei 2012 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

Tabung Usahawan Siswazah adalah tabung khusus yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui SME Bank adalah bertujuan untuk menggalakkan lepasan siswazah menceburi bidang perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Usahawan SME Bank 2012, boleh layari Official Portal of SME Bank.

Monday, 7 May 2012

Graduate Marketability Seminar 2012 (12 & 13 May 2012)

(click on poster for better view)

Centre for Industry Relations, UMS is organizing a Graduate Marketability Seminar on 12 & 13 May 2012 at DKP 1, UMS from 8.30a.m until 5.30p.m.

Topics are:
1. Steps to plan your career.
2. Personal grooming & body language.
3. Discover traits that employer wants.
4. Developing right attitude to success.
5. Learn to manage your money.
6. The ultimate soft skills that you need to succeed.
7. What things you must do while in campus?
8. How to communicate effectively?
9. How to upgrade yourself?

Final year students are encouraged to come!

For further information, please contact:
Centre for Industry Relations, Universiti Malaysia Sabah, Level 5, South Block, Chancellory Building, UMS Road, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-32000 ext. 1340 / 1382
Email: pejphi@ums.edu.my

Journey To Semiconductor (JTS), A Graduate Attachment Program by X-Fab Sarawak


This program is designed exclusively to develop technical know-how for outstanding fresh engineers.

OBJECTIVE:
  • To cultivate graduates with semiconductor culture and mindset.
  • To absorb young and aspiring graduates to the Company and nurture them to become technical experts and future leaders for the Company.
  • To build a local technical talent pool.
  • To expose the graduates to Semiconductor process in Operation, Technology, Manufacturing and Quality Department.

SHORTLISTING CRITERIA:
  • Bachelor's Degree in Electrical and Electronics /  Microelectronics / Chemical / Mechatronics / Mechanical Engineering / Material Science / Physics or equivalent from any recognized university.
  • Final year student.
  • Minimum of CGPA 3.0 and above or equivalent.
  • Excellent English communication skills and highly pro-active.
  • Strong interest in Semiconductor field.
  • Must be a Malaysian.


For more information, please contact:
Centre for Industry Relations, UMS, Level 5, South Block, Chancellory Building, UMS Road, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-32000 ext 1340 / 1382
Email: pejphi@ums.edu.my



Effective Interview Tips (Career Talk by X-Fab) 10 May 2012


 
  (click on poster for a better view)


Master the effective tools for successful interviewing and getting hired in today's market!



DATE:
10 May 2012 (Thursday)

TIME:
10.30 am to 12.00 noon

VENUE:
UMS Library Auditorium, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

SPEAKER: 
Ms. Kon Siew Joon (HR Manager)
(More than 10 years of experience in Human Resources Management)


WHY SHOULD YOU ATTEND?
To prepare yourself for winning an interview and getting hired in today's competitive market!



For more information, please contact:
 Centre for Industry Relations, Universiti Malaysia Sabah, Level 5, South Block, Chancellory Building, UMS Road, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
088 - 320000 ext. 1340 / 1382
pejphi@ums.edu.my

Friday, 30 March 2012

Program SME-University Internship II 2012 (April - Ogos 2012)

Sila klik pada gambar.

SME Corp. Malaysia dengan kerjasama UMS akan menjalankan sebuah program berbentuk keusahawanan yang dinamakan SME-University Internship Program 2012 untuk kali kedua. Program ini menyediakan sebanyak 24 tempat sahaja dan akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2012.

Program ini bertujuan untuk:
1. Menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.
2. Memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.
3. Meningkatkan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

Pelaksanaan Program:
1. Pelajar berperanan sebagai Juruperunding kepada PKS yang terpilih.
2. Terbuka kepada semua yang berminat dalam bidang keusahawanan.
3. Tempoh program 3 bulan.
4. Maksimum 24 orang peserta sahaja.
5. Program bermula pada April - Ogos 2012.

Kemudahan & Kelebihan yang pelajar akan perolehi:
1. Elaun bulanan RM600.
2. Sijil oleh SME Corp. Malaysia.
3. Bimbingan daripada mentor dari SME Corp. Malaysia & pensyarah UMS.
4. Pendedahan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan yang sebenar.
5. Mewujudkan peluang pekerjaan bagi graduan.
6. Meningkatkan kadar kebolehdapatan pekerjaan dalam kalangan graduan.

Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Terbuka kepada pelajar UMS Tahun 2 dan ke atas.
2. Warganegara Malaysia.
3. Berada di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh pelaksanaan program ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Ulrika Dewi di 088 - 320000 samb. 1340
Puan Aliana di 088 - 320000 samb. 1382
Email: pejphi@ums.edu.my


BORANG BOLEH DIDAPATI DI SINI

Sila hantar borang ke:
1. Pejabat Am Sekolah masing-masing; atau
2. Email ke: pejphi@ums.edu.my; atau
3. Pusat Hubungan Industri (PHI), Universiti Malaysia Sabah, Aras 5, Blok Selatan, Bangunan Canselori, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 6 April 2012

Thursday, 8 March 2012

Aliran Pertumbuhan Prospek Pekerjaan Negara Tinggi

PROSPEK pekerjaan, iaitu antara petunjuk penting momentum pertumbuhan ekonomi negara adalah tinggi untuk tahun ini, khususnya pada suku pertama, kata firma enjin carian terbesar negara ini, Jobstreet.com.
Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng, berkata prospek pekerjaan di Malaysia umumnya adalah positif meskipun persekitaran ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya dan pasarannya masih menggalakkan untuk pencari kerja.
“Kami menjangkakan arah aliran peluang pekerjaan yang hampir sama seperti tahun lalu. Walaupun ada majikan yang mengambil pendekatan berhati-hati, jumlah kekosongan pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi,” katanya pada taklimat media berhubung tinjauan pasaran pekerjaan di Malaysia sempena penganjuran Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF 2012) di Kuala Lumpur, semalam.

Yuh Yng berkata, berdasarkan perangkaan yang diterima enjin carian itu, secara puratanya ada kira-kira 20,000 peluang pekerjaan di pasaran setiap bulan.

“Jumlah pekerjaan yang ditawarkan majikan biasanya akan memuncak pada suku pertama, kekal stabil pada suku kedua dan ketiga sebelum menurun menuju ke hujung tahun berikutan kegiatan mengemaskini akaun.

“Tempoh terbaik untuk merancang kegiatan pengambilan pekerja adalah antara Mac hingga Oktober,” katanya.
Beliau berkata, lima sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan di negara ini ketika ini adalah pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan, pembinaan serta peruncitan.

“Buat masa ini, jumlah pekerjaan yang ada dalam pasaran masih tinggi, namun memandangkan bidang pekerjaan berkait terus dengan ekonomi kebanyakan majikan melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat menunggu perkembangan seterusnya,” katanya.

Yuh Yng berkata, berdasarkan kaji selidik Jobstreet.com, kebanyakan majikan di negara ini masih mempunyai tinjauan yang positif terhadap pasaran pekerjaan.

Katanya, hanya 37 peratus majikan di Malaysia yang merasakan tinjauan pasaran pekerjaan akan menjadi lebih buruk tahun ini, manakala bakinya lagi berpendapat tinjauannya masih sama seperti tahun lalu atau lebih baik lagi.

Mengenai prospek pekerjaan untuk graduan universiti, beliau berkata peluangnya masih besar namun isu paling besar yang diha-dapi majikan sebelum mengambil kumpulan ini bekerja adalah permintaan gaji yang kurang realistik.

“Berdasarkan kaji selidik kami, 64 peratus daripada majikan memberikan alasan sedemikian untuk tidak mengambil graduan tempatan bekerja manakala isu lain ialah seperti kekurangan personaliti, kelemahan berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi serta sikap terlalu memilih bidang kerja atau syarikat.

“Kaji selidik kami juga mendapati graduan yang baru menamatkan pengajian umumnya berpendapat mereka memerlukan sekurang-kurangnya pendapatan bersih RM700 sebulan untuk menampung keperluan seharian, khususnya untuk yang tinggal di kawasan bandar,” katanya.

MCTF 2012, acara tahunan anjuran Jobstreet.com akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur bermula 30 Mac hingga 1 April.

Sebanyak 380 ruang pameran sudah diambil oleh bakal majikan untuk tahun ini.

Antara syarikat besar yang mengambil bahagian termasuk Talent Corporation Bhd, Panasonic, Nestle Products Sdn Bhd, Vale, AIG Global Services, CIMB Group dan RBC Dexia.

sumber ; Berita Harian, 07 March 2012